
Kemenangan ke-4 buat pasukan kelantan dalam liga super ini mempunyai makna tersendiri setelah dari 8 perlawanan inilah kemenangan pertama di tempat lawan.Pasukan yg agak sesuai dilebelkan dengan pakar seri akhirnya berjaya memecah kebuntuan sekaligus mengembirakan jutaan peminat setia the red warriors yang masih menaruh harapan tinggi sekalipun baru saja kecundang dalam perebutan piala FA kepada pasukan kedah.

Kelantan perlu menunggu hingga minit ke 74 untuk mendahului menerusi pemain pertahanan Azizi Mat Rose.Gol tetap Gol walau siapa yang menjaringkanya hatta kalaupun gol sendiri yang dijaringkan oleh pasukan lawan tetap dikira gol dan tetap memberi kemenangan kepada pasukan.Namun apa yang SK nak timbulkan disini ialah mana perginya nama nama besar/hebat dalam barisan penyerang pasukan kelantan?Kenapa terlalu sukar untuk pemain/bekas pemain kebangsaan ini menjaringkan gol?Mereka belum serasi ... itulah selalunya penyelesaian yg selalu keluar dari dari pihak pengurusan KAFA,SK terpaksa untuk bersetuju dengan alasan itu kerana kita tiada pilihan lain.
Semoga kemenangan pertama ditempat lawan malam tadi akan menjadi azimat kepada barisan hadapan pasukan untuk lebih cemerlang dalam memikul amanah seluruh rakyat kelantan.12/3/2009 lawan selangor ... buktikan kemampuan kita... Gomo Klate Gomo.
-wassalam-
No comments:
Post a Comment