DO SOMETHING !!

There is a sure way to avoid criticism : Be nothing and Do nothing

Saturday, March 6, 2010

Satu yg cukup besar maknanya

1-0 keputusan muktamad perlawanan bolasepa Liga Super di antara Kelantan dan T-team yg berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi sudah memadai untuk pasukan kijang membawa pulang 3 mata sekali gus melonjakkan pasukan kecintaan SK ke tempat keempat di kedudukan liga.

Kemenangan ke-4 buat pasukan kelantan dalam liga super ini mempunyai makna tersendiri setelah dari 8 perlawanan inilah kemenangan pertama di tempat lawan.Pasukan yg agak sesuai dilebelkan dengan pakar seri akhirnya berjaya memecah kebuntuan sekaligus mengembirakan jutaan peminat setia the red warriors yang masih menaruh harapan tinggi sekalipun baru saja kecundang dalam perebutan piala FA kepada pasukan kedah.



Kelantan perlu menunggu hingga minit ke 74 untuk mendahului menerusi pemain pertahanan Azizi Mat Rose.Gol tetap Gol walau siapa yang menjaringkanya hatta kalaupun gol sendiri yang dijaringkan oleh pasukan lawan tetap dikira gol dan tetap memberi kemenangan kepada pasukan.Namun apa yang SK nak timbulkan disini ialah mana perginya nama nama besar/hebat dalam barisan penyerang pasukan kelantan?Kenapa terlalu sukar untuk pemain/bekas pemain kebangsaan ini menjaringkan gol?Mereka belum serasi ... itulah selalunya penyelesaian yg selalu keluar dari dari pihak pengurusan KAFA,SK terpaksa untuk bersetuju dengan alasan itu kerana kita tiada pilihan lain.
Semoga kemenangan pertama ditempat lawan malam tadi akan menjadi azimat kepada barisan hadapan pasukan untuk lebih cemerlang dalam memikul amanah seluruh rakyat kelantan.12/3/2009 lawan selangor ... buktikan kemampuan kita... Gomo Klate Gomo.

-wassalam-

Wednesday, March 3, 2010

Aku , wanita myanmar dan report polis

Sorry .. salah no,berulang kali SK utarakan ucapan yang sama pada satu pangilan yg SK angap amat menyusahkan dan mengacau hidup SK hari ni

Hari ni sesuatu yang luar jangkaan telah berlaku sampai SK terpaksa ke Balai polis untuk buat report polis.Kisahnya bermula semasa SK sedang enak makan tengahari di Mc'd tetiba ada no tepon yg tak dikenali call."Awak kat mana?" suara lelaki, awak kawan kepada ****** ?( nama seseorang warganegara myanmar,SK dah lupa nak sebut)..jawapan sepontan SK bagi .. bukan2 salah no, mana ada saya kawan org myanmar ke vietnam ke mengarut je la."Awak jangan tipu,dengar sini....perempuan awak ni dah ditangkap mencuri kat pasaraya bintang "tegas lelaki itu yang dengan semberononya membuat kesimpulan sendiri bahawa SK ni membela(menyara) perempuan myanmar.Dengan tegas SK pertahankan yang SK tak kenal pon perempuan myanmar tu, apa lagi nak jadi sugar daddy dia.Matikan call..
.Add Image
Selang 2-3 minit satu lagi call masuk dari no phone yang berlainan,kali ni suara perempuan,"Awak .. saya takut ,awak tipu saya "... kedengaran suara yg antara fasih tak fasih berbahasa melayu,confirm ni lah awek myanmar yang dikatakan tadi.SK dah mula naik angin tak faham2 diorang nih sekali org cakap salah no,salah no la... terus SK dengan menambah tone kemachoan suara,gertak sikit .... "awak jangan main2, saya tak kenal awak .. nanti saya buat report polis tangkap awak balik myanmar "Dalam hati,SK dah mula berkira2 ... ni sapa yg nak main2 nih ,ke panggilan hangit hot FM ahahaha radio setia semasa pegi keje dan balik keje .Terus SK letak telefon ... capai Big mac ...


baru nak masuk mulut tepon bunyi lagi ... SK tak tunggu lagi terus angkat dan sebelum orang tu bercakap SK dah buka khutbah dulu."Awak jangan nak main2 dengan saya .. saya banyak kerja ,saya tak kenal pon saiapa awak dan siapa awek myanmar tu" ..sambung lagi "Saya tak de kena mengena dengan kes kecurian yg awak cerita tu ,saya kat klang bukan kat rawang".Lelaki yg dalam talian telefon tadi mula melembut kan suara sedikit kali ni " Encik... kami dapat no telefon encik dari wanita myanmar ni .. dia kata Encik yang jaga dia,Encik yang suruh dia curi pakaian dekat sini dan encik akan beli rm10"Terang lelaki dalam telefon tu .. seolah olah SK dah memang bersalah dan tengah dihadapkan di mahkamah."Encik dikira bersubahat dalam kes kecurian ni,kami akan buat laporan polis ... dan kami dah kesan kedudukan encik melalui GPS dan encik tak boleh lari jauh lagi".Terkedu SK dengar penjelasan merapu dari lelaki tadi,Ini dah kira melampai batas kesabaran SK,kalau betul macam yg dikata lelaki tadi ... alamatnya confirm SK akan diundang ke balai polis .... utk soal siasat ,tak pon tidur semalaman kat balai.


Letak telefon , habiskan sisa sisa makanan yg ada sambil kepala mula berfikir yang bukan2,betul ke seperti yg diceritakan ni .. ataupun cuma satu helah dari sindiket peras ugut sedang memeras ugut mangsa.Kita yang tak bersalah ni dituduh seolah2 seperti penjenayah ,tak boleh biar ni bukan lagi main2 ni dah kira kes serious .. dah mengancam privacy.Mesti buat report polis .. sekurang2nya untuk defends.Tanpa buang masa SK terus ke balai polis utk buat report.

Dalam balai polis .. SK terpaksa tunggu lebih kurang 40 minit sebelum dapat jumpa officer untuk buat report,maklumlah sekarang polis pon makin sibuk ... ramai yang nak buat report ,beranika ragam.Suasana dalam balai polis bagi SK amat tidak menenangkan ..... walaupun dibekalkan dengan penghawa dingin dan satu set tv ,namun terasa tension yg agak tinggi,bukan apa ... pelanggan yang datang berurusan kat balai ni semuanya bawa masalah masing2 ... bayangkan anda masuk kedalam sebuah bilik yg depenuhi dengan orang yg bermasaalah .... bayangkanlah sendiri suasana ketika itu .Tapi abang abang polis ni masih lagi dapat mengekalkan slogan mereka "mesra",Tahniah!! mungkin juga mereka dah lali dengan semua ni.
Balik pada police report ,SK dah terangkan semua pada pegawai polis,dan dia call no telefon yg ganggu SK tadi,dari penerangan yg abang polis jelaskan ,bahawa kes kes kecurian tu benar2 berlaku kat pasaraya bintang Rawang ... seorang perempuan warga myanmar telah mencuri pakaian dan ditangkap oleh pihak security,dan setelah disoal siasat warga myanmar tu memberi no telefen SK ( mungkin dalam kaadaan takut .. silap bagi no).Kes ni dah selesai,pihak bintang tak buat laporan polis tapi mengenakan bayaran denda sebanyak rm500 pada pencuri tersebut.


Syukur ... semuanya sudah settle,bagi SK yang paling penting kejadian kecurian tadi benar2 berlaku,bukan satu sindiket yg menggunakan modus operandi sebegitu untuk mendapatkan mangsa.Apapun kejadian siang tadi benar2 mengajar SK yang rezeki dan ujian dari Allah boleh datang dalam sekelip mata .... diluar perancangan kita.Sentiasalah berwaspada walaupun kita sering kali melakukan sesuatu dengan perfect.
Sebelum balik dari balai polis tadi .. SK terserempak dengan Karam sign walia dan krew Aduan rakyat yang sedang buat pegambaran utk episode parking haram (mungkin).Jangan lupa saksikan di tv 3 .. sbb kemungkinan besar SK ada masuk dalam tv3 bersama pendedahan terbaru aduan rakyat.

--wassalam--

Thursday, February 25, 2010

i - City seksen7 Shah Alam

Kepada sesiapa yang selalu guna federal highway dari klang ke Shah Alam atau sebalik nya pada waktu malam,mungkin ada perasan satu kawasan yang nampak banyak cahaya neon sebelah kiri dekat tol sungai rasau.Sekali tengok macam kedai perabot buat promosi awal tahun pon ada,kalau dekat jepun dah sah sah kedai pacinko (tempat org jepun habiskan duit kat mesin judi).Sebenarnya apa yang kita nampak dari highway tu baru sekelumit pemandangan yang
cukup indah untuk keluar lepak2 atau bersantai dengan keluarga pada waktu malam.Cuba dekati dan pasti anda akan terhibur dengan keindahan taman rekaan manusia dari lampu neon yang berwarna-warni.Kat sini SK ada bawak balik bekal sikit dari sana,korang bolehlah tengok tengok dulu sebelum merasai sendiri keindahan suasana malam di i-city.





-Tamat-

Tuesday, February 23, 2010

New gadget part2

Sambungan koleksi gambar2 eksperimen ku saksikanlah .... (sam lagu dandut ahaha)




New gadget

Dalam 4-5 hari ni mood tiba tiba bertukar jadi lebih sensitive bila tengok photo2 yang cantik.Ianya bermula bila SK mula berjinak2 dengan new photograph gadget."Nixon" bukan lagi nama yg asing dalam hidup SK sekarang,kalau dulu SK tak ambik pot pon pasal brand nixon ni tapi sekarang nixon sentiasa jadi perkataan yg selalu SK type kat serch engine.Cari informasi tentang kamera jenis SLR nixon D3000 ni.

Nixon D3000 ni sesuai untuk beginner yang mula mula nak melangkah keluar dari compact camera ke DSL camera,bagi SK camera ni pon sudah cukup mencabar untuk ditangani tentang funsi2 yang disediakan,sampai sekarang pon masih lagi belajar macamana nak guna camera ni.
Camera ni didatangi lengkap dengan ciri ciri yang dipermudahkan untuk mengambil gambar dengan cantik.Kepada sesapa yang berminat untuk mula berjinak2 dengan hobi baru ni sangat2 disyorkan untuk muncuba Nixon D3000.Taknak cerita tentang camera kat sini panjang2 ... if u are interested ,cari sendiri information kat internet .. yang saya boleh jamin semua positive comment yang akan anda dapat.Kat sini SK ada kongsikan beberapa gambar yang diambil dengan new gadget nih.

Monday, February 15, 2010

Pulut semangat bunga telur

Kelmarin SK menghadiri satu majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteri di Banting selangor.Anak kepada kakak ipar SK ni perempuan dan pengantin lelaki berasal dari Rantau Panjang Kelantan.Majlis ni biasa saja ,disambut dirumah keluarga perempuan dan tetamu dianggarkan dalam 700 orang.Yang menarik perhatian SK ialah bila rombongan pengantin lelaki tiba,diawali dengan barang barang hantaran beserta dengan paluan kompang yang menggamatkan suasana.Penghulu segala hantaran didahulukan dengan pulut semangat bunga telur.










Mungkin bagi masyarakat luar dari negeri kelantan,bunga telur yang dicucuk pada pulut semangat dan dijadikan sebagai kemestian dalam senarai hantaran perkahwinan mungkin agak aneh namun inilah tradisi zaman berzaman yang masih berjaya dikekalkan oleh masyarakat melayu kelantan,lebih lebih lagi bila ianya melangkaui batas sempadan dan tradisi ini dijulang sampai ke Banting Selangor (yang majoritinya berketurunan jawa).Sebagai anak jati kelantan SK begitu kagum dan bangga dengan jati diri masyarakat melayu kelantan walau dimana kita berada kita adalah kita.










Satu perkara lagi jangan terkejut jika anda menerima hantaran berupa susu.Susu juga bukanlah suatu benda yang asing untuk dikirimkan sebagai hantaran ataupun buah tangan dalam majlis merisik atau bertunang bagi masyarakat melayu kelantan.Jika dinilai dari sudut makanan,masyarakat negeri kelantan terkenal dengan menyukai makanan yang manis2.Susu membawa mesej tersendiri sebagai hadiah ataupun buah tangan ketika bertandang.Jika anda menerima kad undangan perkahwinan yang tertera " jemputan ke majlis kesyukuran" bermakna tak payah ngele ( beri duit kepada tuan rumah) yakni makan free.Dalam situasi ini masayarakat melayu kelantan terutamanya golongan wanita mempunyai amalan yang agak unik.mereka akan datang dengan membawa gula ataupun susu sebagai buah tangan kepada tuan rumah.Yang agak melucukan bila gula dan susu akan dibungkus supaya orang tidak nampak tapi semua sudah sedia maklum yang didalam bungkusan yg dibawa semestinya gula atau susu.








Bila majlis selesai tuan rumah boleh buka kedai runcit ... jual gula.Amalan amalan sebegini perlu dikekalkan dan diteruskan oleh KITA golongan muda dan perlu diwarisi kepada anak cucu kita kemudian hari.wassalam....

Sunday, February 14, 2010

Majlis perasmian



BismillahiRahmaniRahim ..... Permulaan untuk segala kerja,Dengan lafaz yang mulia ini aku merasmikan dan melancarkan blog Pentas Sang kerdil ( blog aku ler tu ) ke alam maya.Semoga dengan kehadiran pentas yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada seluruh makhluk dimuka bumi ini.